kipas ni comel jer....disebabkan comel kami beli n letak kat area dining hall yg area nyer pon terhad.
Wednesday, June 23, 2010
Shopping Kipasss
Wednesday, June 9, 2010
Fius utama yg di curi.....
ni la dier fius dari husband kak maz...tq byk2 kak maz...hehe
Pahtu sebukk la kitorg mencicit nk cari benda alah tu...haha...xtau nk li kek mano weiiii......huhu....my hubby carik kat kedai hardware, nk sebut bende tu kat toke kedai pon xtau pe name dier...keh3....tp sgt kecewa, bende tu xde jual....rsnyer bende tu TNB je supply kot....huhu...yela kalo dier potong letrik, TNB just cabut fius tu jerk...tul x....so ssh hati tol kitorg nk carik kat mane bende tu....budak yg nk pasang grill rumah aritu pon, kitorg suh diorg bawak sendiri.....haha....kesian diorg....sib baik kautim....
Last2...ak tny opismate, kebetulan kak maz pny husband wat wiring umah so on da spot kak maz call husband dier....laki dier kate "ader".....fuhhhhh....giler lega masa tu.....terus bagi harga rm50 seketul tu....(ha jgn nk tinggal2 lagi pahni)...mahal tulll......keh3.....laki kak maz kate rege kalo dier beli pon dlm rm40 sumthing kot, then dier mark up la sket kasi untung....tp xpela la, xkisah la...asal bende tu dah de depan mata....xyh la nk poi carik kek kodai laie....hehe....ha kengkawan hati2 tau ngan pencurik....depa bukan kira, mahal ke murah, kecik ke besa sume nk kebas....ap daaaa....." Moga pencurik2 ini terima balasan yg setimpal dgn perbuatan mereka sendiri "....amin (amin ramai2).....menyusahkan org jew....
Sunday, June 6, 2010
Tanam Rumput Karpet
2. Gemburkan sikit dan ikut level tanah yg asal. Jika tanah level tanah asal tu tinggi, buang sikit dalam 3 inci tanah tu.
3. Letakkan pasir, kemudian ratakan pasir itu.
4. Siramkan air utk pastikan pasir tu benar2 mendap. Pastikan pasir itu rata. Jika ada air bertakung di sesetengah tmpt tambahkan pasir lagi untuk pastikan pasir itu benar2 rata.
5. Kemudian, baru susun rumput carpet tu. Sebaiknya susun rapat2 (mmg makan kos sikit la, tapi hasilnya mmg cantik)
6. Siram air 2 kali sehari (pagi n petang) sehingga rumput tu betul2 subur.Jgn lupa letak baja pada rumput karpet k..
MRT – Molecular Reform Therapy by Mr. Shahril Izwan
MRT adalah berdasarkan kajian tentang aktiviti sel-sel didalam badan manusia. Kajiannya adalah berkenaan apakah 'nutrisi' yang diperlukan oleh sel-sel bagi menjamin metabolisme sel yang sihat. Kajian ini juga meliputi kebolehan sel untuk sembuh dengan sendirinya.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pembentukan manusia bermula dari peringkat SEL kemudian peringkat pembentukan TISU dari gabungan sel-sel, seterusnya peringkat pembentukan ORGAN, kemudian diikuti SISTEM. Setelah selesai peringkat-peringkat ini, maka lengkaplah pembentukan TUBUH BADAN MANUSIA.
Dalam kajian metobolisme dan aktiviti sel mendapati faktor utama yang menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit kronik adalah disebabkan sel-sel dalam badan manusia tidak mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi.
Sebagai perbandingan yang paling logik dan mudah, bayangkan situasi berikut; Kita hendak menanam benih pokok mangga. MATLAMAT kita, apabila pokok mangga itu besar dan berbuah nanti, kita pasti mahukan buahnya yang elok dan rasanya manis dan sedap untuk dimakan.Untuk mencapai MATLAMAT, sudah tentu kita perlu menyuburkannya bermula dari asasnya dengan memberi baja yang baik, menyiram pokok mengikut masa tertentu, pokok perlu ditanam di tanah yang sesuai dan tempat yang memberi cahaya yang mencukupi dan lain2 faktor lagi yang perlu diambil kira.Jika kita tidak mengambil kira faktor-faktor yang perlu untuk memperoleh hasil buah mangga yang baik, tidak mungkin kita dapat mencapai MATLAMAT kita tadi. Begitulah logiknya bukan?
Samalah kesnya dengan sel-sel badan kita.Sel yang sihat adalah asas kepada tubuh badan yang sihat.Kita perlu lakukan perkara yang sama terhadap sel-sel dalam badan kita dengan memberikan elemen-elemen yang perlu dan nutrisi yang mencukupi untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Secara ringkasnya, produk-produk kategori MRT ini adalah produk yang luar biasa. Objektifnya ialah untuk memastikan sel-sel dalam badan kita yang tidak sihat kembali sihat dan sel-sel yang sihat akan kekal sihat.
Adakah anda @ mungkinkah anda menggunakan banyak ubat-ubatan yang diberi oleh doktor sewaktu sakit. Adakah anda sedar, ubat-ubatan itu adalah dadah sebenarnya? Kesan jangka panjang jika terus menggunakan banyak ubatan yang ada kandungan dadah adalah ia akan merosakkan buah pinggang kita. Anda boleh layari internet untuk megesahkan fakta ini. Oleh sebab itu, atas kesedaran yang ubat-ubatan yang mengandungi dadah ini mempunyai kesan yang lebih buruk, lahirlah konsep MRT ini.
Serba sedikit penerangan mengenai MRT dari My lovely hubby , Mr. Shahril Izwan....