Monday, July 12, 2010

Resipi Tom Yam Campur….nyum nyum

Assalamualaikum wbt ...

Entry kali ini, berkenaan dgn resipi tom yam….saje nk sharing resipi yg datang nyer dari org perlis sendiri iaitu my x-housemate dulu mase belajar kat UTeM, namanyer Munaliza Musa….dier slalu wat tom yam masa kat umah sewa Durian Tunggal dulu….mmg sedapla dier wat…nyum3….sampaikan ak nk mencuba sendiri resipi dari cik muna nih…kiki…. So skang slalu la jugak ak wat tom yam….cume kdg2 wat bahan2 xcukup …keh3…jom kiter jengah aper rahsia resipi tom yam cik muna:


BAHAN A
1 biji-Bawang besar-Ditumbuk
3 ulas-Bawang putih-Ditumbuk
2 batang-Serai-Diketuk
1/2 inch-Lengkuas-Ditumbuk
5 batang-Cili padi-Diketuk
5 helai-Daun limau purut
3 sudu-Paste tomyam (dlm botol)


BAHAN B
Udang
Sotong
Ayam


BAHAN C
Lobak
Saleri
Kubis Bunga
Anak Jagung
Tomato


BAHAN D
2 sudu-Sos ikan
2 sudu-Susu pekat
1 biji-Limau diperah


CARA-CARA:
1)Masukkan BAHAN A dalam rebusan air.
2)Kemudian masukkan BAHAN B sehingga mendidih.
3)Kemudian masukkan BAHAN C dan BAHAN D, tunggu dalam 3 minit.
4)Dah 3 minit, tutup api, then sudah siappppppp…ley la hidang n tabur daun ketumbar.


***dier pny rahsia ader 3…..1) kene pakai paste tomyam yang lam botol tu n cap Thailand 2) kene letak sos ikan cap sotong 3) kene letak 2 sudu susu pekat…baru sodapppp….sbb sblm ni kan kiter just pakai kiub 2 ketoll tu jer….tu yg xberapa meletup raso eh….keh4….so pasni leh ar cube yer….yeyehhh

No comments:

Post a Comment