Sunday, June 6, 2010

MRT – Molecular Reform Therapy by Mr. Shahril Izwan

Haa...spt yg dijanjikan, entry kali ini berkaitan MRT...nk tahu apa itu MRT...read more as below k...

MRT adalah berdasarkan kajian tentang aktiviti sel-sel didalam badan manusia. Kajiannya adalah berkenaan apakah 'nutrisi' yang diperlukan oleh sel-sel bagi menjamin metabolisme sel yang sihat. Kajian ini juga meliputi kebolehan sel untuk sembuh dengan sendirinya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pembentukan manusia bermula dari peringkat SEL kemudian peringkat pembentukan TISU dari gabungan sel-sel, seterusnya peringkat pembentukan ORGAN, kemudian diikuti SISTEM. Setelah selesai peringkat-peringkat ini, maka lengkaplah pembentukan TUBUH BADAN MANUSIA.

Dalam kajian metobolisme dan aktiviti sel mendapati faktor utama yang menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit kronik adalah disebabkan sel-sel dalam badan manusia tidak mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi.

Sebagai perbandingan yang paling logik dan mudah, bayangkan situasi berikut; Kita hendak menanam benih pokok mangga. MATLAMAT kita, apabila pokok mangga itu besar dan berbuah nanti, kita pasti mahukan buahnya yang elok dan rasanya manis dan sedap untuk dimakan.Untuk mencapai MATLAMAT, sudah tentu kita perlu menyuburkannya bermula dari asasnya dengan memberi baja yang baik, menyiram pokok mengikut masa tertentu, pokok perlu ditanam di tanah yang sesuai dan tempat yang memberi cahaya yang mencukupi dan lain2 faktor lagi yang perlu diambil kira.Jika kita tidak mengambil kira faktor-faktor yang perlu untuk memperoleh hasil buah mangga yang baik, tidak mungkin kita dapat mencapai MATLAMAT kita tadi. Begitulah logiknya bukan?

Samalah kesnya dengan sel-sel badan kita.Sel yang sihat adalah asas kepada tubuh badan yang sihat.Kita perlu lakukan perkara yang sama terhadap sel-sel dalam badan kita dengan memberikan elemen-elemen yang perlu dan nutrisi yang mencukupi untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Secara ringkasnya, produk-produk kategori MRT ini adalah produk yang luar biasa. Objektifnya ialah untuk memastikan sel-sel dalam badan kita yang tidak sihat kembali sihat dan sel-sel yang sihat akan kekal sihat.

Adakah anda @ mungkinkah anda menggunakan banyak ubat-ubatan yang diberi oleh doktor sewaktu sakit. Adakah anda sedar, ubat-ubatan itu adalah dadah sebenarnya? Kesan jangka panjang jika terus menggunakan banyak ubatan yang ada kandungan dadah adalah ia akan merosakkan buah pinggang kita. Anda boleh layari internet untuk megesahkan fakta ini. Oleh sebab itu, atas kesedaran yang ubat-ubatan yang mengandungi dadah ini mempunyai kesan yang lebih buruk, lahirlah konsep MRT ini.

Serba sedikit penerangan mengenai MRT dari My lovely hubby , Mr. Shahril Izwan....

No comments:

Post a Comment